Archive for September, 2006

BERSYUKURLAH KITA!!!!

Friday, September 29th, 2006

Tiada apa yg blh diucapkan melainkan kesyukuran yg tak terhingga atas limpah kurnia dan rahmatNya agar kita boleh berbuka dalam penuh keselesaan dan bersama2 keluarga. Alhamdulillah..

Fikirkanlah saudara2 kita di Palestine, Lubnan, Iraq , Afghan dan merata tempat lagi, berpuasa, berbuka, bersahur dalam serba kekurangan, penuh ketakutan… dan dengan kehilangan ahli keluarga…

Oleh itu, jgnlah kita mengamalkan pembaziran dan beli benda yg tak perlu.

Ikut hati, MATI…
Ikut rasa, BINASA…
Ikut nafsu, LESU…

SELAMAT BERBUKA PUASA

YOURS SINCERELY,
FARAH

Cara-cara untuk khusyuk dalam solat

Thursday, September 28th, 2006

Sememangnya ramai di kalangan kita yg mengalami masalah untuk khusyuk ketika menunaikan solat. Malah ramai yang beranggapan hanya para ulama’ dan org2 wara’ sahaja yang mampu solat dalam keadaan yang khusyuk.

Sebenarnya anggapan ini adalah salah. Adalah menjadi kewajipan setiap muslimin dan muslimat untuk mengerjakan  solat dengan sempurna. Tapi bagaimana?

Berikut merupakan antara cara2 untuk khusyuk dalam solat.

1. Jangan menjadikan diri kita sebab untuk orang lain tidak khusyuk dalam solatnya.

2. Mata tidak dilatih melihat perkara2 yg maksiat kerana ini akan menyebabkan kita teringat2 ketika solat.

3. Mengadakan tempat beribadah yang khusus di dalam rumah.

4. Tidak bergerak terlalu banyak

5. Berniat dan bersungguh-sungguh untuk khusyuk setiap kali hendak mengerjakan solat.

6. Elakkan khusyuk nifak, iaitu khusyuk yang dibuat-buat di mana hanya akan khusyuk apabila diperhatikan.

7. Anggapkan bahawa solat yang dikerjakan ini adalah solat yang terakhir.

8. Mata hendaklah ditumpukan pada tempat sujud. Usah dilihat pada tempat lain. Elakkan daripada memejamkan mata ketika solat kerana ia adalah perkara yang makruh dalam solat melainkan untuk mengelakkan gangguan.

9. Fahamilah apa yang dibaca di dalam solat. Tahukah anda bahawa apabila kita membaca al-Fatihah, sebenarnya kita sedang berkomunikasi dengan Allah SWT? Sesungguhnya Allah akan menjawab pada setiap baris bacaan surah itu.

Sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk mencapai khusyuk dalam solat, antara mahu dengan tidak sahaja. Kalau kita mempunyai kesedaran betapa pentingnya solat yang khusyuk ini, nescaya kita akan berlumba2 melakukannya.

Oleh yang demikian kita haruslah memberikan lebih ‘priority’ atau kepentingan kepada amal ibadah, yang wajib khususnya. Ramai antara kita yang suka melengahkan solat dan apabila mengerjakannya, tidak bersungguh-sungguh itulah punca kita gagal untuk khusyuk.

Kawan2, sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang sangat barakah, bulan umat Islam, hendaklah kita manfaatkan sepenuhnya. Insya Allah, jika berusaha moga Allah akan memberikan kemudahan kepada kita, asalakan disertai dengan keikhlasan dan kesungguhan.

(9 cara2 di atas tadi saya ambil dari rancangan al-Kuliyyah tadi pukul 5am oleh seorang pensyarah UIAM)

Yang ikhlas,
Farah

Renungan di pagi hari…

Sunday, September 24th, 2006

Renungkanlah kata-kata ini…

Bukan melayu kalau tak reti bersilat…
Tapi ramai yg tak reti bersilat
Bukan Islam kalau tak reti mengaji….
Tapi ramai yang tak reti mengaji….

Ada banyak orang yang terkenal,
Tersohor di kalangan manusia…
Tapi…
Malang, tiada malaikat yang mengenali mereka

Apa guna buku tanpa tok guru…
Apa guna ilmu tanpa amal…
Apa guna Islam tanpa iman…

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara…

SIHAT    SEBELUM  SAKIT
LAPANG SEBELUM  SEMPIT
KAYA      SEBELUM  MISKIN
MUDA    SEBELUM  TUA
HIDUP   SEBELUM  MATI

Rukun Islam ada 5 perkara….
1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Solat 5 waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Memberi zakat
5. Menunaikan haji…

Kalau tak sempurna kelima2 perkara ini, maknanya kita belum sempurna keIslaman kita…
Maka ramai di kalangan kita yang belum sempurna Islamnya, termasuk saya sendiri.
Ramai yang keberatan untuk menunaikan 5 perkara di atas.

Susah sangatkah nak mengucap 2 kalimah syahadah sedangkan lagu Orang Puteh yang panjang berjela2 boleh nyanyi?

Susah sangat kah nak solat 5 waktu yang cuma lebih kurang 10 minit tu,
sedangkan kat konsert yang panas, sempit tak selesa kadangkala hujan , sanggup pula berdiri berjam-jam lamanya..?

Susah sangat kah nak berpuasa di bulan Ramadhan sedangkan kalau nak kurus sanggup berdiet sakan sampai masuk hospital?

Susah sangatkah nak memberi zakat yang tak seberapa sedangkan sanggup beli barangan2 branded ciptaan yahudi?
Tahukah bahawa ramai org kaya amat susah nak memberi zakat? Sedangkan kalau amal kebajikan yg dapat liputan meluas sanggup pula.. Tak kurang juga yang aggap zakat itu membebankan.

Susah sangatkah nak menunaikan haji? Ya, mungkin ramai di kalangan kita yg masih belum mampu. Jadi, tak bererti tak perlu buat apa2.. Perlulah kita menyimpan dan bersedia dari sekarang agar dapat kita menunaikannya suatu hari nanti, Insya Allah.
Org miskin ramai yg bersusah-payah nak melengkapkan Rukun Islam yg terakhir ini sedangkan…
kenapa org2 yg kaya dan berkemampuan lebih suka membazir duit yg ada melancong ke negara2 Eropah?

Ramai yg kata tak semestinya kena completekan 5perkara di atas utk menjadi sorg Islam yg sempurna…

tapi…

Rukun sembahyang ada berapa?
13 rukun…
Kalau tertinggal satu adakah sah solat?
Tidak….

Serupalah juga Rukun Islam.. kalau tak lengkap satu, mmg belum Islam betullah..

Ya Allah bantulah kami menjadi umatMu yang soleh…

From the pond of my heart…
Farah

25 September 2006, Monday, 4.57am…

short reminder for today..

Wednesday, September 6th, 2006

TAHUKAH ANDA BAHAWA…

Orang Yang Tidak Melakukan Solat: Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.. Zuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.. Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.. Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.. Sekarang anda mempunyai 2 pilihan: 1) Biarkan dalam offlinemsg anda. ATAU …… 2) Forward ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya- Allah,redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda foward. (Ingatkanlah Rakan2 Muslim Anda Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya …)